• image01

    Kes Pecah Rumah Meningkat

    DI Musim Perayaan

  • image02

    Malang

    Tidak Berbau

  • image03

    Nyawa dan Harta Benda

    Menjadi Taruhan

  • image04

    Replika CCTV

    Nampak Macam Sebenar

  • image05

    Loving

    Rebel

  • image06

    Realistic Dummy CCTV

    Susah untuk dibezakan

  • image07

    Crazy

    Friend

Sunday, May 25, 2014

Tips Elak Rumah Kena Pecah Masuk

Panduan Elakkan Rumah Dari Diceroboh Masuk

Di bawah ini adalah sebahagian ilmu yang ingin penulis berkongsi dengan anda semua... Anggaplah ia sebagai ilmu yang mungkin berguna kepada anda satu masa nanti.


Selain keselamatan negara, para perisik seluruh dunia juga perlu mengambil kira kawalan keselamatan terhadap rumah mereka. Penulis ingin berkongsi maklumat berkenaan perkara di atas bersama pembaca dan dianggap relevan walaupun anda bukan perisik...

Sesiapa sahaja yang cuba menjejak anda sebagai perisik akan mengetahui pada satu masa anda perlu pulang ke rumah dan anda boleh dijumpai di rumah anda sendiri. Rumah adalah tempat anda berehat dan kebarangkalian anda kurang berhati- hati ketika itu adalah tinggi. Di rumah anda juga tersimpan segala maklumat, dokumen atau sebarang rahsia yang boleh mendedahkan identiti anda sebagai perisik kepada mana- mana organisasi perisikan.

Di rumah juga tempat anda bersama insan yang tersayang. Sentiasa beringat dan sentiasa mengambil kira gerak hati dan naluri anda. Sementara itu cuba berfikir tentang perkara berikut:-

1. Cuba mendapatkan khidmat anjing pengawal yang cerdik. Sebaiknya 2 ekor untuk menjaga rumah anda. (Kalau tak sanggup.. kena upah ler bodyguard yang cerdik- yang guna otak)

2. Jika anda layak, sebaiknya anda menyimpan senjata api yang mudah dikendalikan. Kayu pemukul baseball adalah pilihan lain yang terbaik.

3. Membina bilik keselamatan (panic room) di dalam rumah anda. Pastikan ia dapat bertahan selama 10 minit dan anda juga boleh mengaktifkan sistem penggera penceroboh dari dalam bilik ini. Talian telefon juga perlu tersedia di dalam bilik ini bagi memudahkan anda menghubungi pihak berkuasa.

4. Sekiranya tidak digunakan pastikan kenderaan anda terkunci di dalam garaj yang bertutup.

5. Sentiasa mengunci garaj kenderaan anda dan pastikan ia dilengkapi dengan sistem penggera.

6. Pasangkan CCTV dan merekodkan segala aktiviti disekeliling kawasan rumah anda.

7. Pastikan anda memasang sistem penggera yang paling bising bunyinya.

8. Pasangkan mangga di semua pintu sebagai kunci tambahan.

9. Pasangkan jeriji besi disemua tingkap dan pintu rumah anda.

10. Lindungi kawasan yang mudah dimasuki atau tingkap dengan sistem pengesan dari jenis magnetic contacts atau pengesan pecah cermin.

11. Jangan tinggalkan kunci bersepah- sepah di dalam rumah anda. Gunakan kotak penyimpan kunci yang bertutup. Anda juga perlu mengetahui siapa selain anda yang menyimpan kunci rumah anda.

12. Pasangkan langsir yang tidak telus cahaya disemua tingkap anda. Ini bagi mengelakkan penembak dari membunuh anda di malam hari dari luar rumah anda.

13. Pasangkan lampu yang terang disekeliling rumah anda terutama di kawasan yang sangat gelap.

14. Pastikan lampu terpasang di malam hari walaupun semasa ketiadaan anda di rumah.

15. Dapatkan lampu limpah yang boleh dikawal dari dalam rumah.

16. Simpan lampu kecemasan seperti pelita atau lampu picit di tempat yang mudah dicapai semasa terputus bekalan elektrik.

17. Membina jalan masuk atau keluar yang sukar kepada penceroboh seperti tembok atau pagar yang tinggi disekeliling rumah anda.

18. Tanggalkan sebarang nama anda atau nombor rumah dari peti surat rumah.

19. Jangan membuka pintu secara tiba- tiba jika ada tetamu. Pastikan terlebih dahulu siapa yang mengunjungi ke rumah anda.

20. Letakkan rantai pintu dipintu rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.

21. Minta kad pengenalan atau kad pekerja sekiranya orang tidak dikenali (contoh pembaca meter) memasuki kawasan rumah anda. Anda boleh menyemak dengan syarikat umpama Syarikat Air atau elektrik mengenai kekerapan bacaan meter diambil.

22. Jangan meninggalkan rumah anda semasa orang tidak dikenali berada di kawasan rumah anda.

23. Sentiasa mengunci tingkap dan pintu rumah anda semasa keluar rumah walaupun untuk seketika.

24. Memberitahu rakan anda supaya menelefon anda terlebih dahulu sebelum mereka datang ke rumah anda.

25. Layan semua tetamu terutama yang datang waktu lewat malam sebagai tetamu yang mencurigakan.

26. Sekiranya anda meninggalkan rumah anda bagi satu tempoh yang lama, pastikan batalkan semua langganan harian seperti surat khabar.

27. Meminta bantuan jiran anda yang boleh dipercayai untuk mengosongkan peti surat anda setiap hari semasa ketiadaan anda di rumah.

28. Jangan memberitahu sesiapa pun tentang kerja anda atau maklumat berkenaan pemergian anda.

Persediaan adalah kunci kepada perlindungan keselamatan kepada diri dan keluarga anda. Tetapi anda tidak boleh hidup di dalam ketakutan. Simpan dokumen atau benda penting dalam peti keselamatan yang ditempatkan di lokasi rahsia di dalam rumah anda.

0 comments:

Post a Comment

Advertisement

Statistik Pecah Rumah

Servis Penghantaran

POSLAJU

Akaun Pembayaran

Maybank

Popular Posts

Thank You!

POSLAJU
Powered by Blogger.